Kelas Microsoft Office Word (Surat Kiriman Rasmi)
19 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniIsnin bersamaan 18 Februari 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Office Word iaitu membuat Surat Kiriman Rasmi yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah mengajar peserta cara-cara dan format yang betul dalam menyediakan surat kiriman rasmi serta format yang perlu dipatuhi ketika menyediakan surat tersebut menggunakan perisian komputer iaitu Microsoft Office Word.
Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan dan diajar langkah-langkah dan format yang betul dalam menyediakan surat rasmi menggunakan contoh-contoh yang terdapat di dalam internet. Setiap peserta harus mengikut susunan format yang ditunjukkan agar surat yang disediakan tidak menyalahi format dan diterima. Selepas semua keterangan telah dijelaskan, setiap peserta dikehendaki menyiapkan satu surat rasmi berdasarkan format-format dan cara yang telah diajar sebelumnya.
Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am dalam menyediakan surat rasmi agar boleh kegunaan di masa hadapan sejajar dengan objektif Pusat Internet iaitu memberi pendedahan ICT awal kepada penduduk luar bandar agar setaraf dengan penduduk bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: